Tanda-tanda kiamat
Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Zina bermaharajalela
Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
Baginda menjawab;
Menghias masjid dan membanggakannya
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Ramai orang soleh meninggal dunia
Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
Bulan sabit kelihatan besar
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.(Sahih Bukhari)
Zina bermaharajalela
Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.(Sahih Muslim)
Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?
Baginda menjawab;
Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita.(Ibnu Majah)
Menghias masjid dan membanggakannya
Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid.(Riwayat Nasai)
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.(Riwayat Ahmad dan Hakim)
Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.(Riwayat Ahmad)
Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia.(Riwayat Thabrani)
Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.(Riwayat Ahmad)
Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
Di antara tanda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.
Bulan sabit kelihatan besar
Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.(Riwayat Thabrani)
Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.(Sahih Muslim)
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.(Riwayat Ahmad)
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai
Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai2.(Sahih Muslim)

0 Comments:
Post a Comment
<< Home