Qistina.com

Sunday, November 14, 2004

Kullu nafsin zaaikatul maut

Innalillahi wainna ila hiraajiuun



13 Zulkaedah 1336 - 30 Ramadhan 1425

Ya Allah ya tuhan ku. Kau terimalah nindaku sebagai salah seorang daripada hamba Mu yang beriman. Kau ampunilah segala dosa-dosanya. Kau lapangkan dan terangilah kuburnya, ya Allah. Jangan Kau siksa dia ya Allah. Kasihanilah dia ya Allah. Jadikanlah setiap kesusahan dan mushibah yang telah Kau hadapkan kepadanya sepanjang hayatnya sebagai penebus segala dosa-dosanya ya Allah.

Ya Allah ya tuhan ku. Kau tempatkanlah ia di kalangan para shuhada dan para anbiya. Sesungguhnya aku yakin bahawasanya Kau akan menempatkan seorang ibu yang telah melahirkan dan membesarkan 12 orang zuriat kedalam syurgamu ya Allah.

Ya Allah, aku bersyukur kehadratMu ya Allah kerana Kau telah menunjukkan kepada kami yang masih hidup betapa mulianya nindaku. Kau akhiri hayatnya pada hari terakhir Ramadhan yang penuh dengan barokah. Di hari yang mana Kau telah memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir ini dengan ganjaran yang teristimewa sekali, lalu Engkau berfirman:

"Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar".

0 Comments:

Post a Comment

<< Home