Qistina.com

Thursday, August 12, 2004

Isteri Solehah

ADA tiga tanggungjawab asas bagi seorang isteri, iaitu:
  1. Patuh dan taat kepada suami sebagai ketua keluarga, bukan secara melampau dengan menyembah-nyembah suami tetapi atas semangat menghormatinya bagi mengekalkan keharmonian;
  2. Menjaga hak suami dalam hubungan perkahwinan dengan menghindari daripada mencemar kehormatan dan maruah diri, dan:
  3. Melindungi maruah dan harta benda suami (Ansari, 2001: II: 234).

Ini tersirat dalam ayat al-Quran yang bermaksud:

Maka perempuan yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dengan apa jua yang wajib dipelihara) ketika
suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Quran 4: 34

Semua ini mencukupi bagi isteri solehah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home