Qistina.com

Monday, November 29, 2004

Sunat beri salam kepada ahli kubur

MENZIARAHI kubur ada adab dan caranya yang tersendiri.Menurut huraian ulama, orang yang menziarahi kubur dituntut melakukan perkara seperti berikut:

Seseorang itu hendaklah bersih dari melakukan hadas dan sunat untuk bertawaduk. Sebaik sahaja tiba di tanah perkuburan, sunat memberi salam secara umum kepada ahli kubur iaitu dengan menyebut salah satu lafaz salam yang pernah diajar Rasululah s.a.w kepada sahabatnya yang bermaksud:

"Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli perkampungan (tanah kubur) ini daripada kalangan mukminin dan muslimin. Bahawa kami juga, Insya-allah akan menurut kamu (apabila sampai gilirannya). Semoga allah memberi (rahmat ) dan selamat sentosa kepada kami dan kepada kamu bersama)".
Hadis sahih riwayat Ahmad Muslim dan Ibn Majah.

Selepas sampai berhampiran kubur kaum kerabat mahupun kenalan, hendaklah berdiri rapat di tepi kubur dengan menghadap muka si mati. Sambil memberi salam secara khsusus kepadanya misalnya jika simati adalah ayah , maka lafaz salamnya adalah berbunyi:

"Assalamualaiukum wahai ayahku."

Dan kalau ibu
"Assalamualaiukum wahai ibuku"


Demikian seterusnya kepada saudara atau kenalan. Berikan salam disertakan dengan panggilan yang biasa kita berbahasa dengan mereka semasa mereka hidup dulu.
Dalam sebuah hadis dijelaskan apabila seseorang islam apabila lalu dihadapan kubur seorang Islam yang dikenalinya lalu dia memberi salam kepadanya, maka si mati itu (iaitu rohnya) bukan sahaja membalas salamnya tetapi juga mengenalinya.

Malah, si mati lebih bergembira jika salam orang yang hidup itu disertakan dengan doa baginya seperti yang diterangkan dalam sebuah hadis yang lain.
Selepas memberi salam, sunat membaca al-quran dan menghadiahkan pahalanya kepada si mati.

Selepas membaca al-quran , hendaklah menghadap kiblat dan berdoa untuk si mati semoga Allah mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya.



Telah ku ziarah tanah perkuburan Mahmoodiah, namun dengan hujan yang lebat mencurah-curah, bahagian bawah perkuburan itu telah pun mula di tenggelami air. Maka aku hanya dapat melaungkan 'Assalaamualaikum Atuk!'.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home