Qistina.com

Thursday, August 26, 2004

Kisah pemuda beribu-bapakan babi

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah. Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah.
Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya.
Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa.
Wahai saudara! Apa agama kamu?.

Aku agama Tauhid, jawab pemuda itu, iaitu agama Islam.

Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu. Kata Nabi Musa.

Wahai tuan hamba, Sebenarnya kedua babi itu adalah ibu-bapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu-bapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku., sambung pemuda itu.

Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi., tambah pemuda itu lagi.


Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.
Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu-bapanya. Ibu-bapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh di sisi Kami.

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud:
Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu-bapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibu-bapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibu-bapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibu-bapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibu-bapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibu-bapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibu-bapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibu-bapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibu-bapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibu-bapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Wednesday, August 25, 2004

Petua membelai cinta

INDAHNYA cinta jika bersulam keikhlasan.
Moleknya cinta andai setia yang dipertaruhkan
dan untungnya bercinta jika berkekalan sampai bila-bila.

Namun panas yang diharapkan sampai ke petang,
siapa sangka hujan turun di tengah hari.

Puas sudah membajai cinta,
dibumbui dengan kasih dan sayang,
membelai dan memupuknya dengan penuh tanggungjawab
namun pasangan yang bertakhta di sanubari tetap berubah hati.

Terlalu sukarkah mencintai isteri atau
sememangnya si suami tidak pernah mensyukuri?


Datuk Ustaz Ismail Kamus membincangkan.

“Perempuan umpama cermin, mesti cermat dan halus bila berhadapan dengan mereka. Lebih-lebih yang bergelar isteri. Sensitif, cepat kecil hati, merajuk dan minta dipujuk memang sifat wanita. Sebenarnya bukan susah melayan isteri.

Seorang suami yang pandai mengambil hati, memujuk rayu jika diperlukan, bercakap lemah lembut dan rajin bergurau senda, ia sudah cukup dan memadai.

Perhatikan hasilnya, si isteri akan sanggup bersusah payah menyediakan makan dan minum di samping menguruskan rumah tangga, malah sanggup pula ke hulu ke hilir menambah pendapatan suami. Walaupun hidup dalam serba kekurangan, insya-Allah hidup pasangan begini akan rukun damai sampai bila-bila. Bagaimanapun hal ini merujuk kepada wanita yang melimpah ruah dengan kasih dan sayang.

Mengutamakan rumah tangga dan berusaha menceriakannya walaupun si suami bukan berpangkat besar atau mempunyai wang yang banyak.

Apabila ditujukan kepada wanita yang memegang prinsip, ada wang abang sayang, tak ada duit abang melayang lain pula penyudahnya. Jika yang dicintai itu adalah wang, yang disayang itu adalah kemewahan, memang rumah tangga tidak bahagia dan aman. Kerana yang diburu adalah wang dan harta, maka bila ada kedua-duanya di depan mata, si isteri akan berasa nikmat kebahagiaan namun bila semuanya melayang, wanita begini akan berasa terlalu kecewa dan bersusah hati, ujarnya.

Beliau menambah, “Bagaimanapun kalau dikatakan, peranan wang membeli kasih dan sayang, ia memang berkait antara satu dengan yang lain. Namun wang itu sekadar dijadikan sebagai alat dan bukan matlamat. Wang berperanan menyenangkan pasangan membina rumah tangga.

Mendapatkan sebuah rumah untuk keluarga, memiliki kenderaan dan apabila berlaku sebarang bencana, wang dapat merungkai masalah yang melingkari. Jika mengandaikan wang untuk membeli cinta dan mengeratkan kasih dan sayang, tandanya kita sudah tersilap menafsir. Sepatutnya utamakan nilai kasih dan sayang yang diberikan oleh suami atau isteri, justeru andai suatu hari kita ditimpa musibah dan hidup dalam serba kekurangan, tidaklah cepat melatah.

Cuba perhatikan mereka yang tinggal di kampung. Ada pasangan yang hidup melarat dan menderita kerana tidak mempunyai wang yang banyak, namun ikatan kekeluargaan erat dan sendat dengan kasih dan sayang,” jelasnya. Beliau tidak menafikan, wanita sekarang lebih ramai yang celik mata dan sedar tentang perlunya membelai cinta sampai ke tua, sedangkan lelaki asal ada orang yang menguruskan rumah tangga sudah memadai.

Golongan begini, malas hendak memupuk atau membajainya walaupun mereka mampu melakukan. Wanita ketara sudah celik mata. Ini dapat diperhatikan dalam ceramah atau syarahan. Mereka lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum Adam.

Sekiranya intipati ceramah mengenai pasangan, pihak si isteri akan mudah terima dan berusaha berubah apatah lagi jika kena dengan cara dan pendekatan yang betul. Sebaliknya si lelaki yang turut mendengar tetapi kurang menghayati. Jika terima pun dengan perasaan sombong dan egonya dan memang sukar mengubah kesilapan.

WANITA - TULANG RUSUK YANG BENGKOK

Walaupun hakikatnya bahtera rumah tangga itu sepatutnya dikemudikan oleh si suami namun era kini menyaksikan lebih banyak wanita yang lebih sensitive mengekalkan kerukunan. Maknanya wanitalah yang lebih banyak bersabar, menelan pahit maung kekurangan pendapatan atau menghadapi kerenah suami yang kadang kala membosankan. Wanita sepatutnya berbangga dengan kejayaan ini walaupun asalnya daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok.

Nabi bersabda,
wanita itu dicipta daripada tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok, maknanya jika dibiarkan sikapnya yang tidak elok, maka begitulah ia kekal selama-lamanya.

Lantaran itu andai si suami ingin memberi nasihat, hendaklah secara psikologi dan lemah lembut sehingga yang bengkok itu akan lurus. Sebaliknya jika menggunakan kekerasan, maka tulang yang bengkok itu akan mudah patah atau pecah. Misalnya jika isteri pemarah, membebel dan cakap banyak, si suami anggap sahaja ia cubaan yang amat kecil.

Allah berfirman,
Apa yang kamu tidak suka, itu adalah yang terbaik untuk kamu.

Namun dengan perkembangan hari ini, nampaknya dunia sudah terbalik, si lelaki pula nampak gayanya banyak yang bengkok, selarnya.

CINTA DAHULU SEBELUM KAHWIN?

Memang ramai yang membincangkan dua perkara ini sama ada cinta dahulu sebelum berkahwin atau berkahwin dahulu baru bercinta. Ada orang bercinta lama, selepas kahwin berasa jemu pula. Mulanya pasangan masing-masing buat perangai. Ada pula sarankan, lepas kahwin baru bercinta, mereka dakwa Pula lepas kahwin baru pecah tembelang pasangan masing-masing.

Maknanya, tidak ada kaedah khusus, ia bergantung kepada jodoh masing-masing, dedahnya.

Beliau menambah, “Contohnya pasangan orang tua dahulu. Masing-masing tidak kenal tetapi keluarga aturkan perkahwinan. Lepas kahwin kita lihat mereka kekal sampai berpuluh-puluh tahun dan orang tua-tua dakwa cara begitu lebih baik. Sebenarnya itu bukan formula tetapi kebetulan. Maklumlah tinggal di kampung, pergaulan bukanlah seluas atau semoden golongan yang tinggal di bandar. Jika berlaku pergaduhan, si suami tidak sampai hati menceraikan isteri, begitu juga si isteri jika minta cerai pun ke mana diri hendak dibawa?” soalnya.

Sambungnya lagi, kedamaian hidup berumah tangga mesti dicatur sejak di awal perkenalan. “Mesti diselidik latar belakang pasangan kala peringkat pemilihan pasangan. Sekiranya pihak lelaki atau wanita mengikut kriteria yang dianjurkan oleh Islam, insya-Allah akan ada kerukunan dalam perkahwinan. Namun jangan tersilap memilih, konon berkenan pasangan yang kuat agamanya. Kita hendaklah memandang dengan pandangan yang luas, bukan setakat sembahyang, puasa atau berzakat sahaja yang patut diambil kira. Antaranya hendaklah menjurus kepada nilai peribadi seseorang.

Misalnya kesanggupan penerimaan kita kepada kerenah, gelagat atau tingkah laku pasangan. Kadang kala perangai lelaki membosankan dan tidak kurang ada yang menyejukkan, jika kita terima daripada awal maka redhalah sehingga akhirnya, kerana itulah suami atau isteri kita yang sebenar-benarnya.

LEPAS KAHWIN TERBONGKAR RAHSIA

Ditanya bagaimana mahu membelai cinta seandainya selepas berkahwin baru terbongkar rahsia keburukan pasangan, beliau mengulas. Memang sukar menelah kebaikan individu meskipun seseorang itu taat kepada ibadatnya. Pernah suatu ketika seorang lelaki menemui Saidina Omar dan berkata, bahawa dia telah memilih seorang lelaki untuk menjadi saksi.

Lantas Saidina Omar bertanya, “Apakah engkau kenal lelaki itu?” Pemuda itu menjawab, “Tidak ya amirul mukmimin.” Saidina Omar bertanya lagi. “Apakah engkau pernah bermusafir dengannya?” Orang itu jawab, “Tidak pernah,” Bertanya lagi Saidina Omar, “Apakah engkau pernah berjiran dengannya? Orang itu menjawab, “Tidak pernah.” Lantas ditanya Omar lagi, “Macam mana engkau kenal dia?” Dijawab si pemuda. “Saya selalu tengok dia sembahyang maka yakinlah dia memang baik.” Omar berkata, “Engkau pergi dan selidiki lagi kerana engkau sebenarnya belum betul kenal kepadanya.”
Daripada kisah yang diriwayatkan maknanya, sekadar tengok seseorang sembahyang, berulang alik ke masjid atau membaca al-Quran belum bererti kita tahu perangai yang sebenar.

Seeloknya ajak dia bermusafir, baru tahu kedekut atau tidak. Berjiran dengannya, baru tahu perangai peribadi, dan jika berniaga bersama-samanya baru tahu amanah atau sebaliknya diri seseorang. Jika sudah kenal hati budinya barulah boleh dia dijadikan kawan atau saksi.

Begitu juga apabila mencari pasangan, selidik dahulu latar belakang dan nilai peribadinya. Caranya dengan menghantar wakil atau orang tengah yang boleh diharapkan.

Namun tidak dinafikan, apabila suami berubah sikap misalnya tidak lagi mesra seperti dahulu, tidak mahu bergurau senda apatah lagi memupuk kasih dan sayang si isteri akan makan hati dan menderita. Namun jangan sesekali dibiarkan sehingga meresap ke dalam hati dan perasaan yang akhirnya menjadi kebiasaan. Apabila suami buat perangai, cepat-cepat ditegur. Supaya dia segera sedar yang perbuatannya itu salah. Jika isteri terlalu sabar dan redha dibimbangi akan meresap ke dalam hati dan menjadi kesedapan kepadanya.

Memang kenyataannya apabila menegur atau melembutkan hati suami, mereka akan lebih keras dan kasar.

Gelagat perubahan ini lebih ketara apabila si suami sudah mula senang sedikit. Balik lewat malam, bersenang-senang dan makan-makan dengan teman-teman atau pergi berpoya-poya. Sebab itu dikatakan orang, wang sahaja membawa kebahagiaan tetapi mengheret kepada kecelakaan.

Cara untuk mengatasi masalah suami yang berubah hati, si isteri tidak boleh membentak.

Kerana lelaki yang berperangai begini, hatinya sudah keras. Si isteri mesti menggunakan pendekatan dengan cara yang paling lembut sehingga mereka sedar.
Tidak dinafikan apabila si isteri berlembut, perangai suami semakin menjadi-jadi. Bagaimanapun cuba kita fikirkan, kalau membentak akan timbul pula permusuhan yang berpanjangan. Silap hari bulan, si suami memukul atau mendera si isteri.

Diam isteri bukan bererti redha dan bersetuju dengan perangainya, cuma sekasar mana pun lelaki, namun jauh di sudut hati pasti mempunyai belas. Kasihan dengan si isteri yang cukup tenang, sabar dengan perangainya yang buruk.

Ada masanya suami mesti disentak dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Misalnya seorang isteri yang sebelum ini banyak cakap tiba-tiba mogok. Lepas masak diam, lepas makan diam, hendak tidur pun diam, maknanya perangainya berubah menjadi pendiam. Mungkin dengan cara itu dia mampu meluahkan perasaannya daripada marah tidak tentu pasal kemudian dicop suami, dia derhaka.

Seperti kisah seorang pemuda yang menyatakan hasrat mahu berkahwin tetapi dihalang oleh emaknya.

Jadi dia mogok, kalau melawan, bimbang menderhaka kepada orang tua dan dia takut masuk ke dalam api neraka. Lantas dia diam sahaja sepanjang masa.

Tidak makan, tidak minum, tidak tidur, sembahyang sahaja yang dilakukan.
Lama-kelamaan ibunya bertanya, “Engkau sakit ke, asyik diam aja." Si anak menggelengkan kepala. Oleh sebab emak sayangkan anak, lantas disuruhnya si anak berkahwin. Barulah si anak bersemangat dan bahagia. Dalam kes ini si anak terselamat, tidak menderhaka kepada ibunya dan dapat pula berkahwin.

TEGUR CARA BERHIKMAH

Ismail Kamus menambah, jika sukar atau tidak sampai hati menegur suami yang buat perangai, gunakan orang tengah.

Memang susah mencari yang boleh dipercayai tetapi itulah cabaran yang mesti dihadapi. Bagaimanapun cara penyampaian orang tengah itu biar betul dan kena caranya sehingga suami tidak menyalahkan si isteri.

Selain memberi nasihat, isteri hendaklah mohon kepada Allah dan bermunajat kepada-Nya tanpa jemu. Di samping itu bacalah surah Ali-Imran, ayat 83 yang maksudnya:
Apakah selain daripada agama Allah mereka cari, dan baginya, menyerahlah sesiapa yang di langit dan yang di bumi, secara sukarela dan terpaksa dan kepada-Nya jua mereka dikembalikan.

Ayat ini hendaklah dibaca sebanyak 1,000 kali sehari. Apabila hendak digunakan baca tiga kali dan tiup kepada orang yang berkenaan atau ditiupkan ke dalam air untuk diminum oleh orang tersebut. Mudah-mudahan, berkat doa dan air itu akan lembut hatinya.

Menjawab persoalan, bagaimana membelai cinta jika si suami asyik panas baran beliau menjelaskan.

Apabila suami baran, isteri kena sabar dan redha kerana itulah suami kita. Orang yang baran sebenarnya ada masalah. Jiwanya sakit tenat dan perlu diubati. “Perhatikan di mana kelemahan suami dan cari punca kenapa dia marah. Kemudian kita cari jalan supaya dia tidak marah. Umpamanya kalau isteri lambat masak, suami akan marah, jadi si isteri hendaklah menyegerakan memasak. Ataupun setiap kali balik ke rumah, suami mesti hendak minum, jadi cari jalan cepat-cepat sediakan minuman. Ertinya kita hendaklah menutup segala punca kemarahan suami dan lama-kelamaan penyakitnya akan reda.

Kalau dia yang menyalakan api kemarahan, isteri hendaklah mendiam diri. Jangan sesekali marah kerana marah itu bukan milik kita tetapi haknya. Jika kita tentang kemarahannya, ia akan lebih cepat terbakar atau merebak. Lagipun api bukan lawannya api sebaliknya hendaklah disimbah dengan air supaya padam.

Untuk meredakan, amalkan surah Toha ayat satu hingga enam dan baca sebanyak 1,000 kali. Antara maksudnya,
Tha, Ha, (Hai manusia), tiada Kami turunkan al-Quran ini supaya engkau mendapat celaka. Melainkan peringatan bagi orang yang takut (kepada Tuhan).
Wahyu yang diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi. Tuhan yang Pemurah berkuasa di atas singgahsana. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit, apa yang ada di bumi, apa yang ada di antara kedua-duanya dan apa yang ada di bawah tanah.

Tiup kepada ubun-ubun atau mukanya sehingga ke pusat sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan lembut hatinya.

Sebelum mengakhiri perbualan, beliau sempat menegur sesiapa sahaja yang masih mengabaikan rumah tangga sebaliknya hanya mahu berseronok dan berserakah, hendaklah segera bertaubat.

Nabi bersabda,
Barang siapa yang telah melampaui 40 tahun namun kebaikannya tidak mengatasi kejahatan hendaklah dia bersiap sedia untuk masuk api neraka. Dedah Ustaz penuh bermakna.

Mayat yang mukanya berbentuk babi itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Tuesday, August 24, 2004

Pohon Semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.

Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah s.a.w. dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.

Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w. menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.

Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Wednesday, August 18, 2004

Akademi mana yg patut anak-anak dihantar?

Dari Tranungkite.net

Assalammualaikum w.b.t

Saya merasa bertanggungjawab sebagai sesama Muslim untuk menyampaikan sedikit sebanyak ilmu yg saya dapati semalam daripada seorang cendekiawan Islam melalui usrah semoga kita sama2 mendapat barakah & pengajaran darinya. Beliau yg saya maksudkan adalah Prof. Sidek Baba yg merupakan seorang pensyarah di UIA dan kepada sesiapa yg selalu mendengar radio IKIM, ceramah beliau selalu berkumandang lebih kurang pada pukul 7.00 pagi setiap hari.

Walaupun beliau hanya merupakan seorang profesor dan bukannya ustaz namun beliau adalah pengkaji Al-Quran, tafsir dan sejarah Islam. Amat luas ilmu beliau dan saya harap sedikit sebanyak dpt kita kongsikan bersama sebagai peringatan buat diri saya terutamanya dan buat sekalian teman amnya.

Tajuk yg disampaikan semalam adalah berkaitan pendidikan anak2 masakini yg sudah terlampau jauh meninggalkan cara2 pendekatan sunnah & Al-Quran dan bagaimana dapat kita kembali kepada zaman kegemilangan Islam tersebut. Insyaallah bulan hadapan kiranya berkesempatan beliau akan melanjutkan ke bab bagaimana kita dpt mendidik anak2 sepertimana Luqmanul Hakim mendidik anaknya.

Beliau membawa kita utk berfikir sejenak mengapa umat Islam dahulu excellent baik dlm bidang ugama (fardhu ain) mahupun akademik (fardhu kifayah) spt Ibnu Sina yg merupakan pakar perubatan Islam, Al-Khawarizmi (Pakar dlm bidang matematik) dan lain2 lagi di mana yg mungkin kita tidak didedahkan melalui Sejarah yg kita pelajari di sekolah, umat Islam telah lama mencipta Kapal terbang, robot, barangan elektrik iaitu pada abad ke 10 Hijrah sedangkan orang2 Barat hanya menjumpainya pada abad ke 19 itupun setelah mereka menakluki Kota Baghdad buat kali pertama yg mana merupakan Kota Ilmu bagi para cendekiawan Islam. Pada masa itu org2 kafir telah mencuri & membawa segala khazanah ilmu, kitab2 ke negara mereka & sebahagiannya dibakar atau dibuang ke dlm sungai (Maaf saya tidak ingat nama sg tersebut) hingga hitam air sungai sg tersebut dek disebabkan terlalu byk kitab2 yg ditulis dibuang kedalamnya. Dari situ org kafir ini telah mengkaji ilmu2 yg dicedok dari buku2 karangan cendekiawan Islam dan mempraktikkannya hinggalah bila kita ke sekolah kita lebih mengenali & mengagumi Oliver & Wright sebagai pembuat kapal terbang pertama, Einstein, Graham Bell, Pluto dsb. Kita sekarang hanya seperti kerbau yg dicucuk hidung dan mengikut sahaja apa yg disogokkan oleh org2 kafir yang selama ini byk membuat kajian psikologi ttg bagaimana Al-Quran & Sunnah menjadi punca kepintaran cendekiawan Islam & cuba melumpuhkannya.

Kita lihat pada hari ini di Malaysia, org Melayu yg rata2nya Islam adalah juara dadah, rogol, ragut, AIDS, bunuh-membunuh, sumbang mahram, permainan video game dan sekarang ini dlm bidang seni yg melalaikan pula spt Akademi Fantasia, Malaysian Idol, Konsert2 spt di Sure Heboh, peraduan SMS dsb. Kita intai pula peratusan anak2 Melayu kita di bidang akademik. Sungguh rendah peratusannya berbanding kaum Cina. Kenapa bangsa Melayu Islam kita yg dikurniakan Allah SWT Al-Quran (yg punya ilmu & kisah2 masa lampau , kini & masa hadapan sbg pengajaran) serta Sunnah Rasulullah yg mencakupi akhlak dan peradaban yg paling mulia tidak dpt menandingi bangsa2 asing yg tdk punya semua itu?

Jawapannya, kita tdk pernah mengabil iktibar dan pengajaran dari Al-Quran & Sunnah Rasul kita sendiri yg merupakan agama syumul, agama ilmu. Kita take for granted dgn apa yg kita punyai. Jika tidak renung sejenak ttg kemewahan yg Allah kurniakan kpd negara2 Islam spt Brunei, Malaysia, Indonesia, Iraq, Afghanistan, Kuwait serta Arab Saudi... Allah telah melimpahkan kurnianya yg paling besar iaitu minyak. Untuk apa? Agar kita gunakan utk membangunkan cendekiawan Islam dan melahirkan lebih ramai Ibnu2 Sina, Imam Syafie2, Al-Khawarizmi2, Ibnu2 Batuta yg merupakan pentadbir2 negara yg benar2 berpegang teguh kpd Allah.

Tapi kita lalai... Yg wujud adalah permusuhan, corruption dan pembaziran yg melampaui batas. Tak hairanlah mengapa dgn mudah Afghanistan & Iraq ditakluki kerana minyaknya. Dan di saat kita menghabiskan wang dgn peraduan sms, membeli-belah, menangis bila calon Akademi Fantasia terkeluar, melonjak2 gembira melihat Malaysian Idol mahupun konsert kita tdk sedar yg semua myk di Afghanistan & Iraq tlh disedut kuasa barat utk kegunaan mrk di masa hadapan. Kerana apa? Kerana myk ini akan habis lama-kelamaannya. Di masa itulah semua umat Islam akan berada dibwh pengaruh org2 kafir secara total.

Tidak mustahil kita juga bakal menjadi spt Iraq dan pada saat itulah kita akan menangisi & bertanya2 kpd diri apakah salah kita.. Ketika itu nasi tlh menjadi bubur kerana anak2 yg sepatutnya kita didik dgn cara yg terbaik menggunakan rezeki yg dikurniakan Allah pada hari ini mungkin bakal menjadi mangsa rogol atau kebuluran atau derma/zakat yg patut kita hulurkan bagi membantu anak2 pintar Islam di Malaysia atau antarabangsa bagi membangunkan Islam telah kita bazirkan kepada perkara yg sia2. Allah tlh berfirman didalam Al-Quran bahawa
segala kebinasaan di muka bumi ini adalah disebabkan oleh tgn2 manusia itu sendiri
dan
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri berusaha utk mengubahnya.

Sekarang kita kembali kepada apakah perubahan yg wajar kita lakukan bagi melahirkan cendekiawan Islam setaraf zaman kegemilangan Islam dan apakah kesilapan sistem pendidikan kita. Menurut hadis saat yg paling kritikal dlm mendidik anak2 adalah dari saat dlm kandungan hingga ke akil baligh kerana disaat inilah akidah mereka perlu diteguhkan hinggakan apa sahaja anasir luaran tak mampu menembusinya.

Malangnya Barat tlh memperkenalkan sistem pendidikan terpisah antara Fardhu Ain(bidang ugama) dan Fardu Kifayah (bidang profesional).Dan itulah yg kita amalkan hingga ke hari ini sedangkan Al-Quran dan Sunnah itulah punca segala ilmu hinggakan kepada ilmu sains dsb. Kerana itulah para cendekiawan Islam kita walaupun bernama Islam namun tidak bersyukur kepada Allah jika diberi pangkat, tidak amanah dalam kerja hingga peratusan riba & rasuah melonjak2, sanggup membunuh kerana cemburu, dan banyak lagi perkara2 sumbang yg kita boleh lihat terpampang didada akhbar.

Berdasarkan kajian mendalam sebenarnya excellentnya para cendekiawan Islam pada masa dahulu adalah kerana sejak mereka dilahirkan mereka pertamanya didedahkan kpd penghafazan Al-Quran dan ilmu fardhu ain yg lain termasuklah solat, mereka rata2nya tamat menghafaz Al-Quran ketika berumur 7 tahun. Kemudiannya, mereka didedahkan kepada ilmu tafsir Al-Quran dan peradaban serta akhlak daripada hadis2 serta sunnah Rasulullah S.A.W. Mereka diajar sifat mentauhidkan Allah yg satu dgn berasa takut utk melakukan apa shj kemungkaran kerana yakin pada Allah yg Maha Melihat, Malaikat Rakib & Atid yg menulis buku catatan, syurga dan neraka, hari akhirat dan pembalasannya, tawadduk, syukur, memahami amanah sebagai khalifah Allah, qanaah (rasa berpada dgn apa yg ada) dan bekerja keras dlm setiap bidang kerana semuanya adalah ibadah.

Dibandingkan dgn anak2 kita hari ini, mereka diajarkan kemewahan, pakaian yg serba berjenama, tdk bersyukur dgn apa yg ada, suka memprotes jika tidak dituruti kemahuannya, tidak memahami bahawa dgn membantu ibu/bapa dirumah, belajar serta menghormati org tua adalah ibadah, suka menunjuk2 apa yang dipunyai kpd kawan2, tidak takut utk mencuri, menganiaya, berbohong hatta membunuh sesama mereka. Yg mana inilah yg akan berakar umbi hingga mereka dewasa kelak.

Berbalik kepada para cendekiawan tadi, hanya selepas itu barulah mereka didedahkan kpd bidang profesional yg merupakan ilmu kifayah. Dgn Tauhid yg ditanamkan itulah mereka bersungguh2 menkaji, mencari ilmu hingga menjadi pakar dlm bidang tertentu kerana yakin ianya adalah amanah yg dipertanggungjawabkan kpd mereka. Berbalik kepada kita termasuklah diri saya sendiri, kita hanya pakar dlm bidang profesional tapi dlm bidang fardhu ain kita lemah kerana itulah kesilapan pendidikan kita. Kita hanya diajar membaca Al-Quran tapi berapa ramaikah yg mempraktikkannya & mendalaminya hingga ke bidang tafsir serta bahasa Al-Quran demi memahami Al-Quran?

Kita menganggap itu sebagai ilmu sampingan dan rata2nya cuma org tua shj yg pergi ke kelas2 membaca kitab dan sebagainya. Sedangkan itulah ilmu Fardhu Ain yg wajib ke atas setiap umat Islam bukannya menunngu saat tua utk menambah ibadah disaat akhir shj... Di saat masih bertenaga inilah kita perlu mengkaji dan mempergunakannya sebaik mungkin.Kerana itu intelek Muslim hari ini kurang menonjol kerana mereka tdk menganggap kerja sebagai ibadah dan melakukannya spt melepaskan batuk ditangga sahaja. Mereka tidak menganggap bahawa bidang kajian adalah amanah & kerana itu semuanya dipelopori oleh org2 Cina, Jepun & Barat.

Kita masih belum terlambat utk mengorak langkah kerana anak2 kita masih kecil lagi. Saya mengajak diri saya khususnya, marilah kita dgn penuh keinsafan kembali kepada bidang pendidikan Islam yg sebenar2nya agar generasi kita bakal menjadi pakar2 komputer yg mampu menghasilkan website2 Islamik bukannya porno, pakar2 saintis yg mampu mencipta segala teknologi berunsurkan Islam, pakar dlm bidang media & elektronik yg mampu menghasilkan rancangan2 yg mendidik rohani bukannya hiburan yg melalaikan dll. Sesuatu yg perlu kita benar2 sedar adalah di zaman Khalifah dahulu mereka digeruni kerana dizaman itu siapa yg kuat dialah yg maju kerana itu peperangan digunakan utk menguasai dunia tapi di zaman teknologi ini siapa yg lebih berilmu dialah yg dipandang tinggi dan dihormati. Tetapi pokok pangkalnya ilmu yg bagaimana? Sebagai seorang Muslim tentulah spt diperintahkan oleh Allah iaitu berdasarkan Al-Quran & Sunnah. Kita tidak boleh lagi memisahkan antara bidang ugama & profesional demi melahirkan intelek2 Muslim yg sejati.

Anak2 kita termasuk kita suatu waktu dahulu mencari2 idolanya yg didlm bahasa inggerisnya idol bermasud patung atau sst yg dipuja atau dicontohi. Jadikanlah diri kita yg paling hampir dgn mereka sbg idola mereka dgn memperbaiki segala kekurangan diri di kedua2 bidang tersebut kerana jk tdk ransangan sekeliling spt org yg rapat dgn mereka terutama maid, watak2 dari TV serta CD atau video game akan mengambil tempat tersebut. Mereka yg kecil tdk tahu bila masanya hiburan di TV bersiaran jika tdk kita yg meminatinya membukanya. Pada masa kita masih mampu membendung kecintaan mereka kpd anasir2 hiburan yg bakal merosakkan umat Islam disamping cuba utk memenuhi kerohanian mereka dgn menghantar mereka ke pusat2 tahfiz dsb dan satu perkara yg kita perlu & sentiasa ingat adalah jadikanlah kita sebagai sumber ilmu dan sekolah sebagai pusat kedua. Jika kita jahil belajarlah kerana kita juga memegang amanah sbg khalifah yg bakal disoal oleh Allah. Lakukanlah kerana bila mereka tlh sampai umur baligh, ianya sudah terlambat.....

Maaf kerana mengambil terlalu byk masa kalian utk membaca pedoman ini. Mohon maaf jika ada yg tersinggung dgn paparan tauladan ini dan di akhir kalam marilah kita sama2 berdoa agar sbg ibu/bapa kita mampu melakukannya..

Wassalam

Tuesday, August 17, 2004

Energising the heart

Art of Qi
By Dr Amir Farid Isahak

AHMAD is 39 years old and recently had a heart attack. Although he did not smoke and had been taking many health supplements, he did not take care of his weight, and did not exercise enough. At that age, he never expected to have a heart attack.

Statistically, at least 25% of all first heart attacks are fatal. Fortunately, he survived, and is determined to change his lifestyle and become a healthy man.

This should be a lesson to all that as far as heart disease is concerned, exercise is the most vital preventive measure. It is better to be fat but fit than thin and unfit. Although maintaining ideal weight is important, we have seen so many people getting heart attacks even though they are not fat.

Controlling cholesterol is also a must (to have high HDL or good cholesterol, and low LDL or bad cholesterol), but there are so many other factors that determine whether cholesterol will actually clog up your coronary arteries. Whilst the risk of atherosclerosis increases with the level of cholesterol, between individuals, there are people with high cholesterol who have clean coronary arteries, and others with lower cholesterol whose coronaries are clogged up.

Ahmad’s doctors put him on several drugs and advised him to limit his physical activity. I put him on several health supplements and advised him to lose weight. Although he had practised qigong before, I taught him a new set of exercises that included heart-energising exercises.

In the last six weeks, he lost about 5 kg, and looked and felt much healthier. He was also the best student in his group when it came to doing the qigong exercises correctly. He is determined to reverse his unhealthy state.

This week he underwent angioplasty to unclog two of his blocked coronary arteries. We do not know how bad his arteries were before he changed his diet and lifestyle. Also, six weeks is too short a time to expect significant reversal of damage that has accumulated over the years. However, if he continues to take care of his health, his risk of a repeat heart attack will be lowered.

Ramlan was 41 when he suffered his heart attack and underwent angioplasty to reopen his clogged heart arteries. That was 13 years ago. He had led a stressful life due to the nature of his work, and was not particular about his diet. He also hardly exercised. He did not smoke, but his cholesterol was high. He also has a strong family history of heart attacks, with several cousins and uncles afflicted in their 40s.

Since that episode, he changed his diet and exercised diligently. But he could not change his job. The doctors also put him on over 10 different drugs! His cholesterol was maintained at an ideal level for heart attack victims (which is lower than for the rest of us) and he was not overweight. Yet, over the years, his heart condition worsened in spite of all these measures. Now, at 54, all except one of his major coronary arteries are severely blocked again, and his heart is pumping at only 30% capacity. The cardiologists told him that it was too risky to attempt angioplasty or by-pass surgery, and his only hope would be a heart transplant. He was also cautioned not to exert himself.

Ramlan’s case illustrates that like many other medical problems, management is not that simple. Doing everything medically possible still did not help him enough. And there are other factors that are impossible (for example, genes/family history) or difficult (for example, career) to change. In his case, the family history and stress/work factors remained.

Obviously, there are other factors that we have to look into to try to help patients like Ramlan. Nutritional healing and qigong are two of these.

Mahogany fruit extract

When I was in Tawau several months ago, I met a 4-year-old boy who had severe heart disease and fainted three or four times every day despite being on medication. Then the mother gave him adult doses of the mahogany fruit extract (in capsules). Within one week he stopped having the fainting episodes, and was much better.

I also met another 55-year old gentleman who was scheduled for a heart operation. According to him, he cancelled the operation because he was much better after taking the mahogany fruit capsules.

These two cases show that there are surprising remedies in the plants that surround us. There have been many other unexpected healings from a variety of health problems attributed to this fruit extract. I would strongly encourage those with deteriorating heart conditions to consider nutritional healing in addition to their drugs, especially if the drugs do not seem to make them better.

Although there is insufficient data to generally recommend these supplements as therapy, those that have end-stage diseases have nothing to lose. These are foodstuff and are generally safe.

In the past we were excited by the noni fruit extract only after western scientific studies proved their nutritional contents, whereas our own grandmothers were using it to treat all sorts of health problems. The current rage in the US is the mangosteen extract, which has very high anti-oxidant levels, something that we have also largely ignored.

Apart from the health benefits from these local fruits, there is a whole health supplement industry that can be exploited using these natural resources. Even the durian is being researched for potential anti-cancer nutrients, but it is the seed and not the succulent flesh!

Qigong for the heart

There are several qigong exercises that help the heart. These are those that stimulate the heart acupoint in the palm of the hand, and also send qi through the heart meridien. One beautiful and enjoyable exercise is done by rotating a wooden rod (with rounded edges) in between the palms to stimulate the heart point as we go through the movements and breathing. This modification can be added to several of the usual exercises.

Those who like doing the qigong walk can also do brisk walking and get both the benefits of qigong and cardiovascular fitness.

Return to Lucky Valley

There was so much interest in Lucky Valley after I wrote about my first visit there, and many readers had requested to join me in my next trip there. Well, those who are keen can join me on the weekend of Sept 17-19. The activities there will include those that will enhance the body, mind and spirit. Qigong and meditative exercises will be held in the energy pyramid, in the wooden hut, and by the lake. The 7km hike will definitely be good for the heart, and the scenery good for the albums! If we are lucky, there may still be some ripe fruits for the picking.

Dr Amir Farid Isahak is a medical specialist who practises holistic medicine and has been teaching qi gong for more than 10 years. He is the former president of the Guolin Qi Gong Association, Malaysia. You can e-mail him at starhealth@thestar.com.my. The views expressed are those of the writer and readers are advised to always consult expert advice before undertaking any changes to their lifestyles. The Star does not give any warranty on accuracy, completeness, functionality, usefulness or other assurances as to the content appearing in this column. The Star disclaims all responsibility for any losses, damage to property or personal injury suffered directly or indirectly from reliance on such information.

Insan yang shumul

Seseorang yang masuk kerja pukul 8.35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8.30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2.00 pm atau 2.30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar 1 - 1.30 pm.
Bukankah ini salah faham namanya?

Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI ramai daripada kita tidak boleh tinggal rokok ciptaan mereka, tinggalkan barangan keluaran mereka, makanan segera ciptaan mereka, memuja penyanyi mereka, menggilai dan membanggakan artis Hollywood dan ada antara kita menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang sarat dengan propaganda terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita menentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka.
Adakah ini maknanya benci tapi sayang?

Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi, melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (boleh la dikira saham Akhirat) untuk membantu manusia yang memerlukan, nak mengumpukan RM1 juta pun payah dari rakyat Malaysia yang bilangannya lebih dari 22 juta orang ini malah ada yang ambil masa berbulan bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa.
Mana yang lebih kita cinta? Amanah Saham untuk masa depan di dunia atau Amanah Saham untuk masa depan di akhirat?

Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ibu bapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata-rata tempat seperti sampah TETAPI kita jarang sensitif dan terharu bila ramai ibu bapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik anaknya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah (mengenalkannya Allah, mengajar sembahyang, mendidik anak menjaga aurat dan kehormatan dirinya dan sebagainya) agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan terseksa di Neraka.
Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak ke dalam api neraka? Mana lebih hina, buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api neraka?

Kita selalunya akan mudah ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Allah yang memberikan kita nyawa dan segala nikmat yang tak terhitung banyaknya sehingga tak termampu untuk dibalas, setiap detik dan setiap masa kita jarang (mungkin juga tak pernah) terhutang budi dan berterima kasih kepadaNya dengan cara yang dituntutNya.
Payah benarkah?

Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI kita tidak sikit pun rasa malu dengan Allah yang sudah sedia tahu kesalahan kita zahir dan batin, kecil dan besar.

Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah dan sebagainya sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

Hidup Hanya Sekali, Jadikanlah Hidup Kita Hanya Kerana Allah

Mati Hanya Sekali, Jadikanlah Matinya Kita Di Jalan Allah

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
(Al Baqarah:216)
Pepatah arab - Kamu suka, aku suka, tapi Tuhan yang lebih suka


Wallahua'lam...

Sunday, August 15, 2004

The thinking behind

AB Sulaiman
Aug 13, 04 2:02pm

Zahid Abbas has brought up the concept of Islam being the original and therefore oldest religion in the world, which has ignited a rather impassioned debate here.

One segment of readership upheld Zahid’s belief, while others articulated that Islam came after the Common Era, and it is therefore the newest religion.

A modicum of understanding is required to reconcile these two contradictory antipodean stances.

To understand the situation, we should not dive headlong into the issue or subject causing the conflict; not yet.

This cautionary note might have something to do with the very human tendency of a person to be very jealous and guarded, very emotional, about what he perceives to be true, and religious truth is right on top of this heap.

It is more sobering and productive if we conceptualise and intellectualise the thinking norm that ‘produces’ this statement, which I plan to do and share with readers. I will analyse Zahid’s thinking norm.

Before I proceed I have to make my usual disclaimer. I mention Zahid not specifically as an individual, but more because of the thinking norm he has demonstrated.

I also mention Islam, as it is within the context of this religion that Zahid has made his statement. I accord my greatest respect to Islam, and to Zahid.

For the purpose of this analysis, I bring forward three thinking features and tools of logic: (i) knowledge, (ii) the law of excluded middle, and (iii) dogma.

Knowledge

I begin by analysing knowledge to be of two types, (i) indefinite, and (ii) definite.

Indefinite knowledge is when an idea, a group of ideas, or a postulation is/are accepted as true, without recourse to any scepticism, criticism, evaluation, or experimentation. This type of knowledge requires no proof to its viability and credibility.

‘An angel has a pair of wings’ is an idea that belongs to indefinite knowledge for so far as I know, no one has seen an angel. The notion that he/she has two wings is accepted as true without any observation and other proof.

As it requires no proof, it contains suppositions, ambiguity, approximations, and rationalisation. These in turn are what legends, myths, speculations, and even mysteries are made of.

More pointedly, religion falls under the ambit of indefinite knowledge, for almost the entire belief structure of religion - any religion - is based on belief, that is, on indefinite knowledge.

Definite knowledge is based on ascertainable facts. Such facts have undergone scrutiny and observation, testing and experimentation, and are known to be free from any doubt.

Unlike indefinite knowledge which is tentative and ambiguous, definite knowledge is specific and certain.

‘A cow has four legs’, is an example of a specific and certain fact, therefore belonging to definite knowledge. It is accepted as the truth by the entire human community wherever they live in the planet Earth. There can be no arguments pertaining to the truth it upholds.

It is provable (I take a cow, and show you how many legs it has - four), it is predictable (when I think of a cow, I ‘predict’ it has four legs), and it appeals to human reason. There is no mystery in definite knowledge.

Let me now quote what my ustaz or religious guru tells me about the Muslim perception of knowledge. I remember his saying:

“God knows everything, and at the beginning of Man, mankind knows nothing. God then reveals whatever knowledge He deems fit for mankind to know and gain benefit, by way of a series of revelations or wahy, starting from Adam, right down to Mohammad. All knowledge therefore comes from God.”

This group of ideas has been accepted by the Muslim community without any scepticism and evaluation, without any proof. To wit, when a Muslim uses the word ‘knowledge’, he does not analyse it into something definite or indefinite, as was done above. Instead he generally means it to be indefinite knowledge.

The law of excluded middle

Next I bring a tool of logic known as the law of excluded middle. This law says that there are only two possibilities to anything - either a thing is white, or it is black. There is nothing in between. Life is that simple.

It says furthermore that if one side is white, the other must be black. If one party is right then the other party is wrong. If I am right, then you must be wrong. If you are not with me, then you are against me.

This tool of logic works well with indefinite knowledge.

We see the appearance of this law in many Muslim minds. ‘Islam is the one right religion; other religions are wrong’, Muslims are known to claim.

There is another feature of this law relevant to this present postulation. It is that whatever truth it holds, this law will amplify and glorify it. It has tendency to hyperbolas.

For instance, whatever Islam stands for, it is the best there is. Islam is the perfect religion, the Quran is the perfect Holy Book, Mohammad is a perfect human being; these are examples of hyperboles in Islam.

Dogma

I now bring a third item, dogma. A dogma is an indefinite idea or a set of indefinite ideas that begins with a doctrine. So we begin with describing a doctrine.

A doctrine is an idea or sets of ideas touted around for acceptance. The idea that Islam had existed since Adam is one such hyperbolic body of ideas once touted for acceptance.

Islamic theology has accepted this doctrine, which elevates it to a dogma. A dogma therefore is a doctrine’s message that has been accepted by a society.

There is one feature of dogma that makes it different from many other tools of logic. For once accepted, it becomes animated, it becomes ‘alive’. And, like many a living thing, it refuses to die a graceful death even though its time is past.

Dogma carries the property of coercion. It threatens its believers with some pretty serious punishment if they renege on keeping the faith or divert from its messages.

It seems to be saying: ‘Now that you believe in me, you have to continue doing so. Otherwise, I will mete some terrible punishments to you. In no way will I allow you to stop believing in me.’

Dogma instills fear in the mind of its adherents. This fear is its weapon to stay alive.

Completing the jigsaw

Now that the background concepts have been explained, we can see the scenario surrounding this current topic of debate. We can now bring the specific detail on Islam mentioned by Zahid to the fore.

Zahid has made the statement that Islam existed since time immemorial (date not mentioned) and not since 610AD, the year Mohammad first received God’s revela

Thursday, August 12, 2004

Isteri Solehah

ADA tiga tanggungjawab asas bagi seorang isteri, iaitu:
  1. Patuh dan taat kepada suami sebagai ketua keluarga, bukan secara melampau dengan menyembah-nyembah suami tetapi atas semangat menghormatinya bagi mengekalkan keharmonian;
  2. Menjaga hak suami dalam hubungan perkahwinan dengan menghindari daripada mencemar kehormatan dan maruah diri, dan:
  3. Melindungi maruah dan harta benda suami (Ansari, 2001: II: 234).

Ini tersirat dalam ayat al-Quran yang bermaksud:

Maka perempuan yang solehah itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dengan apa jua yang wajib dipelihara) ketika
suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongan-Nya. Quran 4: 34

Semua ini mencukupi bagi isteri solehah.

Istimewanya Wanita

Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah

Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,

Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.

Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari Akhirat.

Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.

Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.


Sabda Nabi S.A.W:
Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.

Wednesday, August 11, 2004

Berlunaklah mendidik Isteri

DALAM kehidupan berumahtangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri. Sama ada ia berpunca dari suami atau pihak isteri. Namun apa yang penting ialah bagaimana mereka menghadapinya serta menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.

Sesetengah suami apabila mendapati isterinya marah-marah, terus tinggalkan isteri tanpa menyelidik apa punca sebenar. Kadang-kadang sampai berhari-hari tidak pulang kerana runsing dengan karenah isteri yang suka mengamuk dan membebel. Tidak kurang juga yang mencari hiburan luar, semata-mata untuk menenangkan fikiran yang runsing itu. Malah ada yang bermain kayu tiga kononnya isteri di rumah tidak pandai melayan, hanya suka marah-marah sahaja.

Kalau begini tindakan yang diambil, sebenarnya ia bukan menyelesaikan masalah, tetapi menambah masalah. Suami adalah pemimpin dan guru kepada isterinya. Suami tidak seharusnya hanya mengeluh dan menyalahkan isteri semata-mata tanpa mendidiknya terlebih dahulu. Sebagai suami, di samping tugasnya mencari nafkah untuk seisi keluarga, dia juga wajib mendidik isteri serta anak-anaknya. Dan proses mendidik ini bukan cukup hanya sekali dua dinasihati, tetapi ia memakan masa yang lama.

Pada saat isteri sedang marah-marah, janganlah dihadapi isteri dalam keadaan marah-marah juga. Lebih-lebih lagi jangan menghadapinya dengan kasar, keras atau menghukumnya. Sebab wanita itu lemah, dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, kalau dikasari ia akan terus bengkok dan mungkin patah.

Rasulullah SAW bersabda:
Hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik dengan wanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok ialah yang berada di bahagian atas. Jika kamu meluruskannya ia akan patah dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok. Kerana itu hendaklah kamu berlaku dan berbicara sebaik-baik dengan wanita.

Suami hendaklah bijaksana dalam menghadapi ragam isteri serta sentiasa bersabar dan tidak tergesa-gesa mengambil tindakan. Dalam hal ini, Rasullullah SAW merupakan contoh terbaik dan sempurna. Baginda berlaku begitu adil dan baik terhadap isteri-isterinya. Bahkan bagindalah orang yang paling tabah dan sabar menghadapi ragam ketika sedang marah, memperlihatkan rasa cemburu atau di saat sedang berselisih faham dalam sesuatu perkara. Semuanya itu baginda hadapi dengan lemah lembut, penuh berhikmah dan kasih sayang, sambil memberikan peringatan yang baik.

Pernah berlaku wanita seramai 70 orang berkumpul di kediaman isteri Rasulullah SAW, semuanya mengeluh dan saling menyalahkan pelakuan suami masing-masing. Apabila perkara ini diketahui oleh Rasulullah SAW, baginda tidak terus marah malah tetap bersabar. Baginda bersumpah tidak akan menghampiri kesemua isterinya selama sebulan.

Tindakan itu baginda lakukan sebagai pendidikan kepada mereka. Tatkala itu baginda benar-benar pandai meletakkan kesabaran pada tempatnya dan menempatkan kemarahan pada tempatnya. Hasil daripada tindakan itu, kesemua isteri baginda bertaubat dengan bersungguh-sungguh hati menyesali perbuatan mereka. Begitu didikan Rasulullah yang sangat berkesan pada isteri-isteri baginda.

Begitu juga dengan para Sahabat, mereka mengambil sikap sabar apabila ada sesuatu perkara yang tidak kena dengan isteri mereka. Pernah pada satu ketika datang seorang lelaki ke rumah Khalifah Umar Ibnu Khattab r.a untuk mengadukan karenah isterinya. Beberapa saat lamanya dia menunggu di depan pintu, tiba-tba dia terdengar suara isteri Khalifah Umar sedang marah-marah pada suaminya, tetapi Khalifah tetap diam dan tidak menyahut. Melihatkan keadaan seperti itu lelaki tersebut pergi meninggalkan tempat itu sambil berkata pada dirinya:
Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah keadaanku!

Tetapi sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi, Khalifah Umar keluar dan memanggilnya. Umar bertanya,
Apakah tujuan kedatanganmu?

Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu kelakuan isteriku. Dia sangat cerewet dan sering menghamburkan kata-kata kesat kepadaku. Akan tetapi apabila aku sampai di depan rumah Amirul Mukminin, aku dengar isteri tuan juga sama dengan isteriku. Kerananya aku lalu berfikir, 'Kalau isteri Amirul Mukminin pun seperti itu, apa lagilah isteriku.'

Khalifah Umar menjawab:
Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu kerana dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadap diriku. Dialah yang memasak makananku, dialah yang membuat roti bagiku, dialah yang mencuci pakaianku, dialah yang menyusukan anak-anakku, padahal itu bukan merupakan kewajipan baginya.

Dan dialah juga yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan diriku dari perbuatan yang haram. Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakannya mengenai diriku!

Lelaki itu menyahut:
Ya Amirul Mukminin, demikian juga isteriku!

Khalifah Umar kemudian menasihatinya:
Saudara, bersabarlah menghadapi isterimu, kerana keadaannya itu hanya sebentar sahaja.

Jadi, para suami hendalah selalu bertolak ansur dan memberi kemaafan sekiranya berlaku krisis dengan isteri. Tidak ada gunanya diikutkan rasa marah kerana marah adalah kunci kepada segala kebencian dan pergaduhan. Tidak rugi kepada orang yang menahan rasa marahnya.

Hadis Rasulullah SAW:
Ada tiga perkara yang jika ada antara kamu yang melakukannya Allah berkenan melimpahkan perlindungan dan rahmat kepadanya serta memasukkannya ke dalam Syurga-Nya. Iaitu orang yang jika yang diberi ia berterima kasih (bersyukur), jika diperlakukan hal yang buruk ia memberi maaf dan jika marah ia dapat menahan diri.

Rasulullah SAW juga bersabda:
Siapa yang sabar menghadapi perlakuan buruk isterinya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Nabi Ayub atas ketabahannya menghadapi cubaan dan sikap isterinya. Manakala isteri yang sabar menghadapi perlakuan buruk suaminya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Asiah, isteri Firaun.


Bagi para suami yang selalu runsing memikirkan sikap isterinya yang buruk itu, bersabarlah kerana ia akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Namun, jangan dibiarkan terus sikap isteri yang suka mengamuk itu, berusahalah dan sentiasa mohon kepada Allah moga-moga diberikan kekuatan untuk mendidik isteri.

Sebaik2 perhiasan orang mukmin ialah isteri yang solehah. Nak dapat isteri yang solehah suami kena jadi soleh dahulu. Pada zaman sure heboh, akademi fantasia, melayu idol... ader lagik ker suami dan isteri yang solehah?

Friday, August 06, 2004

Wudhuk Zahir dan Batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namuun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

Bertaubat

Menyesali dosa yang telah dilakukan

Tidak tergila-gilakan dunia

Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

Tinggalkan sifat berbangga

Tinggalkan sifat khianat dan menipu

Meninggalkan sifat dengki.


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dengan Allah, Syurga di sebelah kananku, Neraka do sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam siolat, aku faham maknaya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibanding-kan dengan Hatim.

Tuesday, August 03, 2004

Rezki dari Allah swt

oleh Meli
Menuju masyarakat yang bermanfaat di dunia, bererti di akhirat. Berzikir, fikir dan ikhtiar. [Keep your hands busy with works; keep your mouth busy with remembrance of Allah and leave inheritance as much as possible] Allah Maha Kaya dan Pemberi Rezeki. Allah akan jamin hidup manusia di muka bumi ini. Allah akan memberikan rezeki sesuai dengan kerjanya.

Allah akan tambahkan rezeki, sekiranya pandai bersyukur. Allah sediakan semua keperluan manusia tanpa bayar satu sen pun. Ada sebuah ungkapan mengatakan "hidup adalah untuk makan ataukah makan adalah untuk hidup?"

Setelah saya membaca buku Pedoman Hidup Manusia, pendapat ungkapan di atas adalah tidak benar. Pepatah yang diatas hanya sesuai untuk makhluk-makhluk Tuhan lainnya yaitu : "binatang". Mereka memang setiap hari mencari makan (rezeki), setelah selesai makan mereka bermain-main dan kemudian tidur, beranak, dan membesarkan.

Mereka tidak pernah memikirkan bagaimana mempunyai rumah yang indah, dan mempunya alat pengangkutan yang canggih. Begitu pula mereka tidak memikirkan siapa Tuhannnya, siapa yang menciptakannya, dan mahu ke mana setelah mati. Semenjak dulu lembu dan kambing tidak punya rumah. Makanannya tetap sahaja rumput semenjak dulu kala. Hidupnya sehari-harian adalah mencari makan untuk hidup. Tidak lebih daripada itu. Apakah manusia yang mempunyai akal sama dengan binatang?

Apakah hidup hanya untuk mencari makan setiap hari? Apakah tidak ada lagi yang harus dikerjakan untuk kebaikan (amal sholeh) atau memproduksi karya-karya yang bermanfaat untuk kemajuan manusia?

Setelah saya membaca buku Pedoman Hidup itu, saya menemukan apa tugas manusia sebenarnya di dunia ini menurut Tuhan yang menciptakan kita.

Allah berfirman:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
Q.S Az-Zaariyaat : 56
Pada ayat yang lain Allah berfirman:
Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Sholeh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya.
Q.S Hud : 61
Allah juga berfirman :
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. Manusia diangkat menjadi khalifah (wakil) Allah di muka bumi ini.
Q.S Al-Baqarah : 30
Jelas sekali tugas yang diberikan oleh Allah kepada manusia, iaitu sebagai wakil Allah untuk bekerja untuk Allah di dunia dengan mengikuti perintah-perintahNya yang ada dalam Al Quran dan Hadith, dalam membangun atau menyejahterakan manusia dan agar manusia dapat beribadah dengan baik kepada Allah swt.

Apa-apa yang diperlukan oleh manusia untuk hidup sudah disediakan. Baik di dalam isi bumi yang berupa minyak, emas, timah dan lain-lain, di kulit bumi berbentuk tanam-tanaman dan binatang ternakan, dan di laut ada bermacam-macam ikan dan rumput laut. Semua itu adalah untuk manusia dan makhluk Tuhan lainnya. Yang demikian itu agar manusia dapat mensyukurinya.

Binatang-binatang yang tidak mempunyai akal, kehidupannya tidak berubah banyak dari generasi ke generasi. Sedangkan kehidupan manusia cepat berubah. Jika dulu orang hanya ada unta atau kuda sebagai kenderaan. Sekarang ada kereta, pesawat yang canggih, kapal laut dan sebagainya.

Begitu pula bentuk rumah, sudah sangat berbeza-beza dan bermacam-macam reka bentuk dan rupanya. Dari rumah kaca sampai kerumah aluminium. Dari rumah di bawah tanah, sampai rumah bertingkat-tingkat (kecuali manusia yang masih hidup di hutan-hutan tertentu seperti yang ada di Brazil, dari generasi ke generasi bahkan sampai sekarang masih hidup bertelanjang bulat).

Mengenai rezeki, manusia juga bermacam macam, ada yang miskin ada juga yang kaya sekali. Sesungguhnya Allah tidak menginginkan manusia hidup susah dan miskin. Allah menginginkan manusia hidup bahagia, sejahtera, aman dan harmonis. Oleh kerana itu Allah menurunkan buku pedoman hidup manusia ke dunia iaitu Taurat, Zabur, Injil dan terakhir yang sempurna, Al Quran. Kalau tidak, manusia akan seperti mereka yang ada di hutan-hutan yang hidup bertelanjang bulat, tanpa pakaian dan tiada malu. Itulah sesungguhnya manusia jika hidup tanpa buku pedoman hidup, tanpa ilmu.

Mengenai rezeki yang diterima oleh manusia, atau berapa besar rezeki yang diberikan oleh Allah kepada manusia sangat tergantung kepada 4 perkara.

Allah Maha Adil dan Maha Bijaksana kepada makhluknya. Hanya Allah memberi peringatan-peringatan kepada manusia dalam Al Quran, agar manusia tidak sesat atau tidak salah pilih diantara dua jalan, iaitu jalan Allah yang ada dalam Al Quran atau jalan sesat yang mengikuti kemahuan syaitan atau nafsu yang tidak terkendali.

Allah berfirman :
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Q.S Al-Faatihah : 1
Maka dia (Mariam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Mariam di Mihrab, dia dapati rezeki (buah-buahan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya: Wahai Mariam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini? Mariam menjawab; Ia adalah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira.
Q.S Aali Imran : 37
Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Q.S Al-Baqarah : 29
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
Q.S Hud : 6
Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya;
QS An-Najm : 39
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
Q.S Ibrahim : 7
Orang orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, Allah akan berikan rezeki dari sumber yang tidak diduga duga.

Dari firman-firman diatas, jelas sekali Rasulullah saw memberi keterangan kepada umatnya yang berbentuk peringatan-peringatan dan khabar gembira.

Ada 4 tingkat rezeki dari Allah
  1. Rezeki yang dijamin oleh Allah swt untuk setiap makhluk, termasuk manusia yang berakal. Ertinya Allah akan memberikan makan, minum untuk makhluk hidup di dunia ini. Ini adalah rezeki dasar yang terendah, seperti kita lihat orang-orang yang tinggal di hutan-hutan, mereka dapat tetap hidup walaupun tanpa ilmu Al Quran, Injil ataupun Taurat. Begitu pula orang-orang yang tinggal di kota-kota, walaupun ia tidak ada ilmu atau malas bekerja, ada sahaja orang yang membantu mereka untuk memberi makan. Apakah Anda ingin seperti itu? Jika mahu Anda pasti akan mendapat bantuan dari orang lain atau famili. Tak usah takut kalau tidak akan makan. Semua rezeki dijamin Allah swt. Pertanyaannya, apakah hidup kita ini hanya untuk makan?
  2. Rezeki tingkat kedua adalah Allah akan memberikan rezeki kepada manusia dengan penuh keadilan dan kebijaksanaan. Allah akan memberikan rezeki sesuai dengan apa yang dikerjakannya. Ertinya kalau ia bekerja dua jam, dapatlah hasil yang dua jam. Kalau kerja lebih lama, lebih rajin, lebih berilmu, lebih bersungguh-sungguh, ia akan mendapat lebih banyak. Allah Maha Adil. Kalau orang ingin mendapatkan rezeki lebih banyak, ia haruslah belajar lebih banyak dan bersungguh-sungguh bekerja. Itu adalah kuncinya.
  3. Rezeki tingkat ketiga adalah rezeki yang "ditambah" oleh Allah swt. Inilah rezeki yang disayangi yang kepada yang diinginkan oleh Allah swt. Kalau kita pandai pandai mensyukuri pemberian Tuhan dan manusia, Allah akan tambahkan. Kita dapat merasakan kasih sayang Allah swt kepada kita, kerana rezeki dan kebahagian selalu ditambahkan.

    Pemberian Tuhan: waktu, akal, panca indera digunakan untuk mencari ilmu dan bekerja bersungguh-sungguh, maka rezeki akan jauh lebih baik dari pada orang orang yang tidak ada ilmu, seperti contoh orang-orang hutan Brazil. Bertahun-tahun rezekinya tetap sahaja mencari akar tumbuh-tumbuhan. Atau orang-orang kota yang kurang ilmunya (malas) maka rezekinya lebih sedikit. Atau suatu bangsa yang rajin membaca buku, maka bangsanya lebih makmur daripada bangsa yang malas mencari ilmu. Lihatlah Jepun atau negara-negara Barat yang rajin membaca buku yang bermanfaat dan sudah menjadi budaya pada rakyatnya. Hidup mereka lebih sejahtera.

    Contoh kedua: orang yang pandai mensyukuri bantuan dari teman-temannya, atau dari siapa sahaja, ia akan mudah mendapat bantuan selanjutnya, tapi kalau ia tidak pandai mensyukuri, atau tidak pandai berterimakasih akan bantuan yang sudah diterimanya (bukan hanya berterimakasih dimulut sahaja) maka ia tidak akan dapat bantuan lagi. Hidupnya akan susah lagi. Bukan Allah yang menghendaki, tetapi ia sendiri yang tidak pandai bersyukur.

    Orang-orang yang pandai, bersyukurlah kerana mendapat rezeki dan kebahagian yang lebih banyak. Janji Allah tidak meleset sedikit pun!

    Orang yang pandai bersyukurlah yang dapat hidup bahagia, sejahtera dan tenteram. Usaha-usahanya akan mendapat kejayaan, kerana Allah tambahkan selalu. Kekayaannya digunakannya di jalan Allah, sangat dermawan, pangasih penyayang, taat menjalankan ibadah. Semoga Allah menggolongkan kita kepada golongan orang-orang pandai bersyukur.
    Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
    Q.S Luqman : 12
    Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
    QS Luqman : 14
    Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat) dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).
    QS An-Nisaa' : 79
    Orang-orang yang pandai bersyukur kepada Allah bererti ia pandai pula bersyukur kepada manusia, begitu pula sebaliknya.
    HR Baihaqi
  4. Allah berfirman;
    Orang-orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah, Allah akan berikan rezeki dari sumber yang tidak diduga duga.

    Jadi rezeki yang ke empat ini amat istimewa, tidak semua orang yang boleh menerimanya, kecuali orang yang betul-betul bertaqwa kepada Allah swt. Tanda orang bertaqwa adalah; Kalau disebutkan ayat-ayat Allah kepadanya maka menggigil hatinya ketakutan. Cuba kaji diri bagaimana ketaqwaan kita kepada Allah? Sudahkan kita ketingkat orang yang bertaqwa seperti diatas?

    Semakin diri ini kenal dan takut akan Allah dan mencintai Allah, ertinya makin bertaqwa maka Allah akan bantu. Rezeki Allah akan tambah dari sumber yang tidak diduga. Jadi orang bertaqwa rezekinya banyak dan mudah. Kalau sedikit rezeki (miskin) pertanda ia kurang bertaqwa kepada Allah swt. Demikianlah Allah mengatakan dalam Al Quran. Janji Allah tidak pernah meleset dan selalu tepat.

Demikianlah, semuga ada manfaatnya. Kalau ada yang benar itu datang dari Allah dan kalau ada yang salah datang dari kelemahan kami jua. Mohon dimaafkan dan ditegur.

Yesterday is history, Tomorrow's a mystery, Today's a gift, That's why we call it the Present.

Each day I wake in gratitude. Thanking Allah, He let me rise And To Him I only Seek His assistance.

Sekian, terima kasih. Wassalam ‘alaman itta ‘aal-huda.